Laman web ini dilindungi oleh dasar yang meliputi penggunaan dan perlindungan maklumat yang diberikan atau digunakan oleh pelawat. Ketahui Lebih Lanjut
Kadar Caruman KWAP

Kadar Caruman

Kadar Caruman

Caruman bulanan pegawai berstatus tetap dan berpencen — 17.5% daripada gaji hakiki bulanan kakitangan. (Rujuk Seksyen 8(1) Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239).)

Caruman bulanan pegawai pinjaman berstatus tetap dan berpencen — 17.5% daripada gaji bulanan jawatan hakiki (secara isyarat). (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12, 2008 Dasar & Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara Dan Pertukaran Tetap.)

TARIKH BAYARAN CARUMAN

Caruman bulanan, sama ada melalui EFT/TT, RENTAS atau cek, mestilah sampai kepada KWAP sebelum atau selewat-lewatnya pada hari terakhir bulan berikutnya. (Rujuk Seksyen 8 (3) Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990.)

BULANTARIKH AKHIR BAYARAN CARUMAN
Januari28 / 29 Februari
Februari31 Mac
Mac30 April
April31 Mei
Mei30 Jun
Jun31 Julai
Julai31 Ogos
Ogos30 September
September31 Oktober
Oktober30 November
November31 Disember
Disember31 Januari

DENDA UNTUK CARUMAN LEWAT BAYAR

Di bawah Seksyen 8(4) Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239), denda pada kadar 0.5% daripada amaun caruman akan dikenakan setiap bulan selagi amaun caruman tersebut tidak dibayar.