Laman web ini dilindungi oleh dasar yang meliputi penggunaan dan perlindungan maklumat yang diberikan atau digunakan oleh pelawat. Ketahui Lebih Lanjut
Bangunan pejabat korporat KWAP

Tadbir Urus Korporat KWAP

Tadbir Urus Korporat KWAP

Pihak Ahli Lembaga, Panel Pelaburan dan pengurusan kanan KWAP menyedari kepentingan tadbir urus korporat dalam mengendalikan hal ehwal KWAP dan syarikat-syarikat pelaburannya.

 

Pelaburan dalam syarikat-syarikat yang mengamalkan tadbir urus korporat yang baik diakui secara umum akan memberikan pulangan yang lebih tinggi dan risiko yang lebih rendah dalam jangka masa panjang. Bagi memastikan amalan sedemikian terus menjadi teras syarikat-syarikat tersebut, KWAP telah memilih untuk menjadi proaktif dalam aktivisme pemegang saham. Dalam konteks ini, aktivisme pemegang saham proaktif merujuk kepada perbahasan tentang tadbir urus korporat dan isu-isu yang berkaitan dengan tanggungjawab syarikat dari aspek sosial dan alam sekitar operasi mereka.

 

Hal ini amat penting dalam persekitaran ekonomi semasa yang tidak menentu dengan aktivisme pemegang saham, dan kesannya terhadap tadbir urus korporat akan memastikan hanya pelaburan yang diurus dengan baik dari segi kecekapan dan pematuhan kepada nilai-nilai etika yang ketat dapat dikekalkan.

 

KWAP menyokong penuh kepada idea bahawa aktivisme pemegang saham bukan semata-mata tanggungjawab pihak pengawal selia (contohnya: Bursa Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti). Dengan dasar-dasar dan peraturan-peraturan kawal selia ditetapkan, pemegang saham berada pada kedudukan yang terbaik untuk menguatkuasakan hak mereka.

Skop dan Tujuan

Perbincangan pengurusan risiko KWAP

Pengurusan
Risiko

Baca Lanjut
Mesyuarat tadbir urus korporat KWAP

Penyata
Tadbir Urus

Baca Lanjut
Operasi kawalan dalaman KWAP

Penyata
Kawalan Dalaman

Baca Lanjut
Perbincangan integriti dan tadbir urus KWAP

Integriti dan
Tadbir Urus

Baca Lanjut