Laman web ini dilindungi oleh dasar yang meliputi penggunaan dan perlindungan maklumat yang diberikan atau digunakan oleh pelawat. Ketahui Lebih Lanjut
Menara pejabat KWAP dilihat dari bawah, dikelilingi pepohonan hijau
Kaunter penerimaan tetamu KWAP dengan logo KWAP bercahaya di dinding

Memastikan Kesinambungan, Membina Ketahanan

Kulit hadapan Laporan Tahunan Bersepadu 2023 KWAP, menampilkan tangan melukis batik dengan canting

LAPORAN TAHUNAN BERSEPADU 2023

hargai masa lalu
demi masa hasapan yang lebin bermakna

Tema laporan tahunan ini meraikan warisan KWAP dalam menyampaikan nilai kepada pesara Malaysia melalui penggambaran seni batik. Seni tradisional ini melambangkan penghargaan terhadap sumbangan pesara kami pada masa lalu dan komitmen kami untuk membina warisan yang berkekalan pada masa hadapan. Seni batik juga merupakan simbol kegembiraan dan juga harapan kami untuk pesara dapat menikmati kesejahteraan persaraan yang disampaikan oleh KWAP dengan penuh dedikasi.

VERSI DALAM TALIAN
Sesi pembentangan di bilik mesyuarat KWAP

BAGAIMANA KWAP BEROPERASI?

KWAP merupakan dana pencen sektor awam terbesar di Malaysia untuk penjawat awam. Kami juga mengurus caruman dari pelbagai agensi tempatan berkaitan dan badan berkanun. Di KWAP kami diberi mandat untuk melabur dan memperoleh pulangan yang mampan menerusi pelbagai strategi pengurusan risiko dan pelaburan yang kukuh. Pada tahun 2015, KWAP telah mengambil alih peranan Bahagian Pasca Perkhidmatan Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam mengurus pembayaran pencen, gratuiti dan faedah lain kepada pesara.

Kepimpinan & Tadbir Urus Kami

Ahli Lembaga KWAP bermesyuarat di sekeliling meja persidangan

Tadbir Urus
Korporat KWAP

Kakitangan KWAP berkumpul di ruang kerja pejabat

PASUKAN
KWAP

Carta organisasi KWAP dipaparkan pada papan putih

CARTA
ORGANISASI

Jilid perundangan tersusun di rak

UNDANG-UNDANG
& AKTA

MENGUNGGULI JAUH DI HADAPAN

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”) ditubuhkan pada 1 Mac 2007 di bawah di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662) menggantikan Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 (Akta 454).

 

Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 (Akta 454) telah digubal untuk membantu pembiayaan liabiliti pencen Kerajaan Persekutuan. Dengan  penggubalan Akta ini, Kumpulan Wang Amanah Pencen telah ditubuhkan pada 1 Jun 1991 dengan geran penubuhan sebanyak RM500 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Kumpulan Wang Amanah Pencen ditadbir oleh Majlis Kumpulan Wang Amanah Pencen di bawah pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan harian.

 

Dengan penubuhan KWAP, semua kuasa, fungsi, aktiviti, aset dan liabiliti Kumpulan Wang Amanah Pencen diambil alih sepenuhnya oleh KWAP.

Fungsi

  • Pengurusan caruman daripada Kerajaan Persekutuan,Badan Berkanun,Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi- Agensi lain;
  • Pentadbiran, pengurusan dan pelaburan dana dalam ekuiti, sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan bentuk-bentuk pelaburan lain yang dibenarkan di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 (Akta 662); dan
  • Pengurusan dan pembayaran pencen.

VISI

Untuk menjadi dana persaraan yang dipercayai yang menyokong pembangunan negara dengan memberikan faedah yang mampan secara inovatif.

MISI

Untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan dan memberikan perkhidmatan cemerlang dengan menerima pakai amalan terbaik dalam memenuhi komitmen pihak berkepentingan utama.

Objektif

Untuk mencapai pulangan optimum atas pelaburan untuk Dana bagi membantu Kerajaan Persekutuan dalam pembiayaan liabiliti pencennya.

ANUGERAH & PENGIKTIRAFAN

  • DEDIKASI DEMI KECEMERLANGAN
  • Prestasi kukuh KWAP secara langsung memanfaatkan para pesara, dan akan terus dikekalkan menerusi prinsip-prinsip pelaburan yang sihat dan bertanggungjawab. Anugerah dan pengiktirafan yang diterima oleh KWAP menggambarkan usaha kami dalam mewujudkan nilai yang lebih tinggi untuk semua pihak berkepentingan kami.

BERUSAHA SEDAYA UPAYA

MEMBANTU RAKYAT MEMBINA KESTABILAN MASA KINI DEMI KETAHANAN MASA HADAPAN