Laman web ini dilindungi oleh dasar yang meliputi penggunaan dan perlindungan maklumat yang diberikan atau digunakan oleh pelawat. Ketahui Lebih Lanjut
Bangunan pejabat korporat KWAP

Integriti dan Tadbir Urus

Integriti merupakan sebahagian daripada nilai korporat KWAP sejak penubuhannya sebagai dana persaraan sektor awam terbesar di Malaysia pada tahun 2007. Nilai tersebut diperkukuh melalui komitmen kami untuk mengamalkan tadbir urus yang baik serta amalan perniagaan yang beretika dengan melaksanakan dasar, prosedur dan mekanisme yang berkaitan.

WHISTLEBLOWING (PEMBERIAN MAKLUMAT)

Jika anda mempunyai sebarang maklumat berkaitan salah laku serta tindakan yang tidak beretika atau menyalahi undang-undang terhadap KWAP dan/atau anak syarikatnya, sila kemukakan laporan kepada Pejabat Integriti dan Tadbir Urus (IGO) melalui saluran pemberian maklumat seperti yang dinyatakan di bawah. Identiti anda dan maklumat yang diberikan akan dirahsiakan.

Saluran pemberi maklumat KWAP adalah seperti berikut:

  • e-Borang (klik di sini) di laman sesawang KWAP dan platform dalaman lain
  • Emel: whistleblow@kwap.gov.my atau bic@kwap.gov.my (untuk laporan mengenai kakitangan IGO)
  • Temu janji dengan pegawai IGO
  • Talian Terus: 03-2174 8090
  • Surat fizikal kepada IGO:
    Pejabat Integriti dan Tadbir Urus
    Tingkat 36, Menara Integra, The Intermark
    348, Jalan Tun Razak
    50400 Kuala Lumpur

Perbincangan pengurusan risiko KWAP

Pengurusan
Risiko

Baca Lanjut
Mesyuarat tadbir urus korporat KWAP

Penyata
Tadbir Urus

Baca Lanjut
Operasi kawalan dalaman KWAP

Penyata
Kawalan Dalaman

Baca Lanjut