Laman web ini dilindungi oleh dasar yang meliputi penggunaan dan perlindungan maklumat yang diberikan atau digunakan oleh pelawat. Ketahui Lebih Lanjut
Kakitangan KWAP membantu majikan menguruskan caruman pencen
Majikan mengemukakan borang caruman pencen di kaunter KWAP

MEMUDAHKAN PROSES CARUMAN

Pegawai KWAP berbincang dengan wakil majikan mengenai caruman pencen

PENGURUSAN CARUMAN

Salah satu daripada peranan utama KWAP adalah mengurus Caruman daripada mejikan yang terdiri daripada Badan-badan Berkanun, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi-agensi. Dalam menunaikan tanggungjawab ini, kami memastikan bahawa majikan yang mencarum perlu mematuhi undang-undang dan peraturan menerusi usaha-usaha pematuhan dan penguatkuasaan yang tetap

BUTIRAN LANJUT MENGENAI CARUMAN

JUMLAH CARUMAN

(Berdasarkan Laporan Tahunan 2023)

Majikan Pencarum
0
Ahli Pencarum
0

PENGURUSAN PROSES CARUMAN

CARUMAN PENCEN

Caruman bulan untuk kakitangan tetap dengan status berpencen ialah 17.5% daripada gaji hakiki bulanan kakitangan.

Pematuhan & penguatkuasaan

Objektif lawatan pematuhan dan penguatkuasaan ke majikan-majikan yang mencarum adalah untuk memastikan majikan mematuhi peruntukan di bawah Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239).

Denda

Majikan yang gagal membayar caruman pencen dalam masa yang ditetapkan akan dikenakan denda di bawah Seksyen 8 (4) Akta Pencen Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan 1980 (Akta 239). Denda dikenakan pada kadar 0.5% untuk setiap bulan lalai bagi pembayaran amaun yang masih belum dibayar.