Laman web ini dilindungi oleh dasar yang meliputi penggunaan dan perlindungan maklumat yang diberikan atau digunakan oleh pelawat. Ketahui Lebih Lanjut
Pesara menerima khidmat rundingan perubatan

Bakal Pesara

Berdedikasi Untuk Meningkatkan Kehidupan Anda

Cara Pembayaran Faedah Persaraan

Cara Pembayaran Faedah

Pencen / Pencen Terbitan / Elaun Bersara / Elaun Bersara Terbitan / Pencen Hilang Upaya / Pencen TanggunganKredit terus (EFT) / Waran
Ganjaran / Ganjaran TerbitanKredit terus (EFT)
Pemberian Wang Tunai Gantian Cuti RehatKredit terus (EFT)

Skim Pembayaran Pencen Melalui Bank

Skim A — Pesara yang mempunyai suami / isteri yang dikahwini (masih hidup) selepas berpencen daripada perkhidmatan. Bayaran pencen akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun bank pesara atau penerima pencen setiap bulan.

Skim A Berwakil — Bagi pesara bujang, penerima pencen terbitan, pencen tanggungan, pesara yang berkahwin semula selepas persaraan, mereka boleh memohon untuk dibayar pencen bulanan melalui skim A berwakil dengan syarat akaun bank yang digunakan adalah akaun perseorangan. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang JPA.BP.SKP.B08 (muat turun).

Skim B — Bayaran melalui Skim B biasanya dibuat kepada pesara uzur dan anak kurang upaya melalui akaun bersama. Seorang wakil dilantik untuk menguruskan pencen bulanan penerima. Pesara atau penerima pencen perlu hadir di mana-mana cawangan bank pembayar bagi tujuan pengesahan sebelum bayaran pencen tersebut dikreditkan ke akaun. Sekiranya bayaran pencen tidak dituntut selama tiga (3) bulan berturut-turut, bayaran tersebut akan luput dan bayaran pencen bagi bulan seterusnya akan dihentikan. Pesara atau penerima pencen perlu melaporkan kepada KWAP untuk mengaktifkan semula akaun pencen tersebut bagi membolehkan bayaran pencen disambung semula.

Persaraan Pilihan Sendiri

Persaraan Pilihan Di Bawah Seksyen 12 Akta 227 / 239. Permohonan melalui Ketua Jabatan. Pekerja mesti:

  • Telah mencapai 40 tahun dan ke atas
  • Memiliki sekurang-kurangnya 10 tahun perkhidmatan yang boleh dimasukira
  • Telah disahkan ke dalam jawatan dan diberikan status taraf berpencen

Bayaran Faedah Persaraan — Bagi pegawai yang dilantik sebelum 12/4/1991, bayaran ganjaran dan GCR akan dibuat pada tarikh persaraan, manakala pencen bulanan dibayar seperti berikut:

Apabila mencapai umur 45 tahunMencapai umur 50 tahun
Seorang pegawai perempuan
Seorang pegawai perkhidmatan bomba berpangkat rendah
Seorang pegawai polis berpangkat rendah
Seorang pegawai penjara berpangkat rendah
Seorang Jururawat lelaki di hospital mental
Seorang pegawai lelaki

Bagi pegawai yang dilantik pada dan selepas 12/4/1991, bayaran ganjaran dan GCR dibayar pada tarikh persaraan, manakala pencen bulanan akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun.

Mengelakkan Kelewatan Pembayaran Faedah Pencen

Bakal pesara perlu menyemak buku rekod perkhidmatan, rekod cuti serta mengemaskini maklumat di HRMIS secara berkala dan memaklumkan kepada pihak jabatan sekiranya sebarang tindakan pengemaskinian perlu dilaksanakan. Pihak jabatan perlu memastikan dokumen persaraan yang lengkap diterima oleh KWAP dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan sebelum tarikh bersara. Permohonan persaraan hanya akan diproses setelah Jabatan mengemukakan dokumen lengkap kepada KWAP.

Penswastaan Syarikat

Terdapat empat (4) opsyen yang ada untuk penamatan perkhidmatan bakal pesara apabila berlaku penswastaan iaitu: Bersara Setelah Menerima Tawaran untuk Berkhidmat dalam Organisasi Lain; Ditamatkan Perkhidmatan; Bersara Pilihan; Bersara kerana Jawatan yang Dipegang Dihapuskan

Peletakan Jawatan

Bagi anggota yang meletakkan jawatan atau dikenakan tindakan tatatertib buang kerja, mereka tidak layak menerima faedah persaraan.