
Pesara
Dedikasi Meningkatkan Kehidupan Anda
Penyata Pencen
Pesara atau penerima pencen terbitan boleh mencetak penyata mereka, di sini.
Pertukaran Akaun Bank
Bagi mengelakkan gangguan terhadap pemprosesan bayaran pencen, pertukaran akaun bank dihadkan kepada sekali dalam 12 bulan. Kelulusan untuk pertukaran akaun bank adalah tertakluk kepada budi bicara KWAP. Setiap borang permohonan perlu dikemukakan bersama dengan salinan penyata bank.
Klik di sini untuk Muat Turun.
Senarai Bank Panel Pembayaran
Berikut ialah senarai bank yang menyertai Sistem Pembayaran Pencen (SBP) :
- Bank Muamalat (M) Berhad
- Malayan Banking Berhad (Maybank)
- Bank Simpanan Nasional
- Affin Bank Berhad
- CIMB Bank Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Public Bank Berhad
- Alliance Bank Berhad
- RHB Bank Berhad
- HSBC Bank Malaysia Berhad
- Bank Kerjasama Rakyat (Malaysia) Berhad
- Hong Leong Bank Berhad
- Agro Bank Berhad
- AmBank (M) Berhad (Skim A sahaja)
- United Overseas Bank (M) Berhad (Skim A sahaja)
- Standard Chartered Bank (M) Berhad (Skim A sahaja)
Catatan : Penggunaan akaun CIMB Islamic, Ambank Berhad, Standard Chartered dan UOB Malaysia hanya untuk pembayaran di bawah Skim A sahaja.
Kemaskini Maklumat Perkahwinan / Penceraian / Anak
Pengemaskinian maklumat perkahwinan dan penceraian serta maklumat anak boleh dibuat dengan memaklumkan Bahagian ini secara bertulis dengan dilampirkan sesalinan sijil nikah, sijil penceraian atau sijil kelahiran (yang mana berkaitan).
Pelarasan Pencen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
Berdasarkan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri pada 16 Ogos 2024 berhubung Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), pelarasan pencen turut akan diberikan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara mulai 01 Disember 2024 sejajar dengan pelarasan gaji bagi penjawat awam yang bakal dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Malaysia. Pemberian pelarasan gaji ini akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Januari 2026 bagi Fasa 2.
| Fasa 1 | Fasa 2 |
|---|---|
| Kumpulan Pengurusan Tertinggi : 4% Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional: Gaji Akhir > RM 3,000: 8% Gaji Akhir < RM 3,000: RM 240 | Kumpulan Pengurusan Tertinggi : 3% Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional: 7% |
Pengiraan Pelarasan Pencen SSPA
LANGKAH 1
Pengiraan amaun gaji akhir bersamaan 2024 perlu dilakukan terlebih dahulu. Kaedah mendapatkan gaji akhir bersamaan adalah seperti berikut:
Kumpulan Pelaksana dan Pengurusan & Profesional:
- Gaji Akhir/Bersamaan + (Gaji Akhir/Bersamaan × 8%) jika, amaun Gaji Akhir/Bersamaan melebihi RM3,000 atau
- Gaji Akhir/Bersamaan + RM240, jika Gaji Akhir/Bersamaan kurang daripada RM3,000
Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Gaji Akhir/Bersamaan + (Gaji Akhir/Bersamaan × 4%)
LANGKAH 2
Pengiraan pencen berdasarkan gaji akhir (Langkah 1) bagi dapatkan amaun pencen baharu mulai Disember 2024 menggunakan formula seperti berikut:
| [1/600 × Gaji akhir bersamaan 2024 × tempoh perkhidmatan*] + PKKP** |
Perhatian:
* Jika tempoh perkhidmatan melebih 30 tahun, pencen tertakluk 3/5 atau 60% daripada gaji akhir bersamaan 2024
** PKKP hanya terpakai bagi persaraan pada atau sebelum 31 Disember 2022 sahaja dan tertakluk kepada keputusan dan dasar Kerajaan dari semasa ke semasa.
