Laman web ini dilindungi oleh dasar yang meliputi penggunaan dan perlindungan maklumat yang diberikan atau digunakan oleh pelawat. Ketahui Lebih Lanjut
Pasukan kepimpinan KWAP

Rantaian Nilai Persaraan

Rantaian Nilai Kumpulan Wang Simpanan / Dana Pencen Malaysia

Diagram di bawah menunjukkan rantaian nilai Kumpulan Wang Simpanan / Dana Pencen Malaysia dengan peranan KWAP dalam konteks perkhidmatan awam berpencen seperti berikut:

Rajah rantaian nilai persaraan KWAP

Ketuk untuk melihat imej

Menguruskan Caruman

Kerajaan Persekutuan menyumbang 5% daripada jumlah emolumen tahunan yang dibajetkan bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan manakala Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi menyumbang 17.5% daripada gaji hakiki pekerja berpencen kepada KWAP setiap bulan.

Menetapkan Dasar dan Garis Panduan Pelaburan

Panel Pelaburan bertanggungjawab menetapkan dan menyemak secara berkala Dasar dan Garis Panduan Pelaburan KWAP dan seterusnya mencadangkan kepada Ahli Lembaga untuk kelulusan. Dasar dan Garis Panduan Pelaburan tersebut ialah dokumen yang mentadbir pelbagai aktiviti pelaburan KWAP.

Pengurusan dan Pemantauan Pelaburan

Dana ini dilaburkan dalam kelas-kelas aset mengikut Alokasi Aset Strategik KWAP. Aktiviti pelaburan Dana dilakukan oleh pasukan profesional pelaburan yang cekap dan berpengalaman.

Status dan prestasi pelaburan KWAP dilaporkan setiap bulan kepada Panel Pelaburan dan Ahli Lembaga. Analisis prestasi termasuk prestasi relatif berbanding dengan indeks penanda aras serta sasaran pulangan mutlak bagi setiap kelas aset.