Laman web ini dilindungi oleh dasar yang meliputi penggunaan dan perlindungan maklumat yang diberikan atau digunakan oleh pelawat. Ketahui Lebih Lanjut
Pengumuman

Pengumuman

Notis Penyelenggaraan Sistem Maklum Balas Dan Pertanyaan Atastalian

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Maklum Balas Dan Pertanyaan Atas Talian di pautan https://feedbacks.kwap.my/ akan menjalani kerja-kerja penyelenggaraan. Sehubungan itu, akan terdapat gangguan sistem pada 5 Mei 2023 bermula jam 9.00 malam hingga 6 Mei 2023 jam 11.59 malam.

Sepanjang tempoh penyelenggaraan, pelanggan dinasihatkan untuk menghantar e-mel kepada mypesara@kwap.gov.my bagi sebarang pertanyaan, penghantaran dokumen permohonan atau semua urusan berkaitan persaraan.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami. Kerjasama dan perhatian anda dalam perkara ini amat dihargai.

Terima kasih.