Laman web ini dilindungi oleh dasar yang meliputi penggunaan dan perlindungan maklumat yang diberikan atau digunakan oleh pelawat. Ketahui Lebih Lanjut
Pengumuman

Pengumuman

Soalan Lazim untuk Covid-19

A. Jabatan Perkhidmatan Persaraan, KWAP

Apakah perkhidmatan-perkhidmatan KWAP masih beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini?

Semua perkhidmatan KWAP masih beroperasi dan berjalan seperti biasa tetapi dengan kekuatan kakitangan pada tahap minimum.

 

Kebanyakan operasi akan dijalankan dengan konsep berkerja dari rumah. Sehubungan dengan itu, mungkin akan terdapat kelewatan dari segi pengurusan dan pemprosesan.

Adakah Pusat Khidmat Pelanggan KWAP di Cyberjaya dan Pusat Panggilan Khidmat Pelanggan dibuka sepanjang tempoh PKPB?

Pusat Panggilan Khidmat Pelanggan KWAP telah dibuka semula pada 19 Mei 2020 dan akan terus beroperasi dengan separuh kapasiti kakitangan.

 

Pusat Khidmat Pelanggan KWAP di Cyberjaya juga telah dibuka pada 2 Jun 2020 dan akan terus beroperasi dengan separuh kapasiti kakitangan.

 

Untuk urusan yang tidak memerlukan interaksi semuka, orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghantar e-mel kepada kami di mypesara@kwap.gov.my.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sebarang borang permohonan bagi urusan persaraan? Senarai borang dan borang-borang permohonan urusan persaraan boleh didapati dan dimuat turun di laman sesawang www.jpapencen.gov.my Adakah pencen bulanan akan tergendala akibat daripada PKPB?

Bayaran pencen bulanan akan dibayar mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Bagaimana sekiranya perlu membuat proses mengemaskini maklumat peribadi (alamat / no. telefon / emel)?

Sila muat turun aplikasi mudah alih MyPesara untuk mengemaskini maklumat peribadi (alamat / no. telefon / emel).

Bagaimana untuk mendapatkan penyata pencen?

Sila layari pautan berikut untuk mendapatkan penyata pencen http://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran

 

Ia juga boleh didapati daripada aplikasi mudah alih MyPesara.

Bagaimana untuk membuat semakan status permohonan persaraan? Sila layari pautan berikut untuk semakan status permohonan persaraan: http://apps.jpapencen.gov.my/semakanstatuspermohonan Apakah prosedur bagi penghantaran dokumen persaraan pilihan?

Sebarang permohonan Persaraan Pilihan yang kurang daripada tiga (3) bulan dari tarikh persaraan perlu mendapatkan kelulusan pengecualian lewat dari Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan, JPA sebelum boleh dihantar ke KWAP.

Bagaimana dengan permohonan pembiayaan rawatan dialisis pesara?

Permohonan pembiayaan rawatan dialisis bagi Pesara Awam Persekutuan dan tanggungan yang layak perlu dibuat oleh panel dialisis berdaftar melalui medium Sistem e-Hemodialisis [menu Permohonan Surat Jaminan (GL)]. Surat kelulusan pembiayaan boleh dimuat turun oleh panel dialisis berdaftar melalui Sistem e-Hemodialisis. Semua dokumen fizikal permohonan tersebut masih perlu dikemukakan kepada pihak KWAP bagi tujuan rekod. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui emel di medical.pesd@kwap.gov.my

Bilakah arahan ini mula berkuatkuasa?

Arahan ini berkuatkuasa serta merta sehingga ke satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

B. Jabatan Caruman, KWAP

Adakah pembayaran caruman KWAP sepanjang tempoh PKPB masih mengikut jadual?

Setakat ini, tiada perubahan dengan pembayaran caruman oleh majikan.

Oleh itu, caruman KWAP oleh majikan masih kekal seperti ketetapan berikut:

a. Caruman majikan selaras dengan Seksyen 8, Akta Pencen PIhak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239)

b. Caruman pegawai pinjaman selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 (Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap)

c. Terimaan syer kerajaan mengikut akta Agensi masingmasing

Adakah KWAP tetap memproses caruman majikan seperti biasa sepanjang tempoh PKPB?

Proses caruman majikan oleh KWAP masih berjalan seperti biasa.

 

Walau bagaimanapun, oleh kerana kakitangan KWAP kini menjalankan tugas dengan konsep bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKPB ini, terdapat akses yang terhad kepada dokumendokumen tertentu dan juga sistem yang digunapakai. Ini 3 NO SOALAN JAWAPAN berkemungkinan akan menyebabkan sedikit kelewatan kepada proses tersebut.

Bagaimana bayaran caruman KWAP boleh dibuat?

Majikan boleh membuat bayaran kepada KWAP seperti biasa melalui cara pembayaran berikut:

a. Pembayaran Secara Atas Talian (EFT/TT/RENTAS)

b. Cek

Borang-borang caruman (CN3/CN4 dan/atau CN6) perlu dihantar melalui emel kepada eft.contribution@kwap.gov.my untuk membolehkan peresitan bayaran dibuat. Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh PKPB, mungkin terdapat kelewatan terhadap akses dan pemprosesan borangborang caruman yang dihantar melalui pos .

Bolehkah cek bayaran caruman dihantar melalui pos?

Ya, majikan boleh menghantar cek bayaran caruman melalui pos. Walau bagaimanapun, cek tersebut akan hanya diproses setiap dua (2) minggu sekali dan resit bayaran akan dikeluarkan selepas peresitan dibuat.

 

Oleh itu, kami menyarankan agar majikan mendepositkan cek terus ke akaun KWAP di kaunter bank RHB atau mesin deposit cek RHB bagi mengelakkan kelewatan.

 

Jika majikan ingin mendepositkan cek terus ke akaun KWAP, sila emel kepada eft.contribution@kwap.gov.my untuk mendapatkan butiran akaun KWAP.

 

Setelah cek didepositkan ke akaun KWAP, borang-borang caruman (CN3/CN4 dan/atau CN6) boleh dihantar melalui emel kepada eft.contribution@kwap.gov.my

Adakah resit pembayaran akan dikeluarkan?

Ya, resit pembayaran akan dikeluarkan secara e-notification melalui emel seperti biasa.

 

Walau bagaimanapun, oleh kerana kakitangan KWAP kini menjalankan tugas dengan konsep bekerja dari rumah sepanjang tempoh PKPB ini, terdapat akses yang terhad kepada dokumendokumen tertentu dan juga sistem yang digunapakai. Ini berkemungkinan akan menyebabkan sedikit kelewatan kepada proses tersebut.

Apakah perkhidmatan yang ditangguhkan oleh KWAP sepanjang tempoh PKPB ini? Perkhidmatan-perkhidmatan yang ditangguhkan buat sementara waktu sepanjang tempoh PKPB adalah seperti berikut: 1. Pendaftaran ahli yang dihantar melalui pos 2. Tuntutan Bayaran Balik Majikan 3. Tuntutan Balik Syer Kerajaan KWSP (Individu) Kesemua perkhidmatan yang ditangguhkan akan beroperasi semula sebaik sahaja PKPB berakhir. Note: Perkhidmatan berikut masih berjalan seperti biasa: 1. Peresitan bagi bayaran melalui EFT/TT/RENTAS dan Cheque Deposit Machine (CDM) 2. Pendaftaran ahli melalui Portal ICMS https://www.icms.kwap.my Manakala akan berlaku kelewatan bagi proses berikut sepanjang tempoh PKPB kerana kakitangan kami akan memprosesnya setiap dua (2) minggu sekali: 1. Peresitan bagi bayaran caruman melalui cek yang dihantar secara pos Bagaimana cara untuk majikan bertukar daripada penggunaan cek kepada EFT/TT atau RENTAS?

Majikan boleh memaklumkan kepada KWAP untuk menggunakan EFT/TT atau RENTAS melalui emel kepada eft.contribution@kwap.gov.my untuk mendapatkan butiran akaun KWAP.

8. Bagaimanakah cara untuk majikan menggunakan Portal Caruman?

Borang Pendaftaran Portal Caruman boleh dimuat turun melalui laman web rasmi KWAP di kwap.gov.my.

Sila lengkapkan borang tersebut dan emelkan kepada enquiry.contribution@kwap.gov.my untuk tindakan selanjutnya.

Setelah ID pengguna majikan diaktifkan, majikan boleh mula menggunakan Portal Caruman untuk:

1. Pendaftaran Ahli

2. Menghantar data caruman

Nota: Status dikemaskini setakat 2 Jun 2020